Saturday, January 15, 2011

DIA sayang saya lah!

salam.

saat diri rasa teruji,
hati terkadang mengeluh menerima beratnya ujian dariNya,
ucapan istighfar lantas meneutralkan semula butir2 keluhan,

berfikir sejenak kehidupan KekasihNya,
onak dan duri memenuhi jalan perjuangan,
cecair merah pun pernah mengalir dari sekujur tubuh suci rasulullah,
inikan pula aku insan biasa,
dipenuhi dosa dan maksiat kepadaNya,

terdetik rasa syukur kerana masih diberi perhatian olehNya,
jika dibiarkan aku bersenang-senang dgn nikmat dunia,
terlekalah aku jawabnya,

ujian tanda kasih Tuhan bukan?

"And come not near to the orphan's property, except to improve it, until he (or she) attains the age of full strength; and give full measure and full weight with justice. We burden not any person, but that which he can bear. And whenever you give your word (i.e. judge between men or give evidence, etc.), say the truth even if a near relative is concerned, and fulfill the Covenant of Allah, This He commands you, that you may remember."

Dia takkan beri kita sesuatu yg kita tak mampu hadapinya.
al an3am:152

dua kali ayat ini kedengaran semalam.

bacaan imam solat maghrib dr masjid nur;
juga tilawah harian roomm8;

aku renungkan mafhumnya dalam2..

Allah.,

Kau memang tak pernah mengecewakan.

Ya,aku ada Engkau,aku mesti kuat.

*Allah,kuatkan hati2 ini agar kami terus thabat dlm jalan redhaMu.
ingatkan kami andai terlupa.
peganglah hati2 kami supaya kami tak tersasar jauh dr rahmat dan redhaMu.








Monday, December 6, 2010

1234

salam alaik!



kullu sanah wa entum thoyyibin~~



alhamdulillah,
hari ni da taun ke 1432 kte dr hijrah rasulullah.
hikmah hijrah yg paling utama ;
ISLAM tersebar ke seluuuruh dunia &juga pernah menguasai 2/3 drpdnya.

PERNAH.
maksudnya sekarang tidak lagi.
teringin benar merasai saat2 kegemilangan
islam berada dipuncaknya.


salahuddin alayubi,
muhammad al fateh,
Allah pilih mereka utk bntu islam.
sbg mata rantai perjuangan kekasihNya.
semestinya mereka bkn calang2 org.


tp aku??



layak ke aku nk pgg rantai2 yg rasulullah tgglkan tu.

[Allah,,
kuatkan hati2 kami, thabatkn kami dlm jln ini.ameen~]


salam ma3al hijrah!


NB
*azam tahun bru: mumtaz dunia & akhirat!
*tau x nape title tu cmtu??tuka position num2 tu,last2 jd 1432.
1432 hijrah!

(^.^) Y























Saturday, November 27, 2010

sekadar peringatan

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.


Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi,


"Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat.
Engkau dikehendaki berbuat,


pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,


kedua; engkau sembunyikan,


ketiga; engkau terimalah,


keempat; jangan engkau putuskan harapan,


yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata,


"Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."


Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti.


Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas.


Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya.


Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata,


"Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."


Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya.


Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu.


Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya.


Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.


Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata,


"Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah s.w.t. bahawa,


"Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.


Kedua semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.


Ketiga jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.


Keempat jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.


Kelima bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari.


Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain.


Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya,


"Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah s.w.t.,


"Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."


Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

wallahua3lam
;)

Friday, October 29, 2010

kuat3!

doakn kekuatan yeah!
doktor ajar mcm kene kejar ngn harimau!
kata seseorg
;(

Wednesday, October 6, 2010

o&g

salam.

enti aiza takhasus fi eih??

ennisa' wattaulid
insyaAllah
;)
.;obstretrics and gynaecologist;.



bidang ini sememmangnya tough.boley ke aku??
kiter cuba ye.yg penting..blaja dlu skng.taun 6 lame lg.kan izzah ;) [yeke..,]

O&G dimonopoli kaum lelaki.india pula tu!
sian kaum XX.
dun worry.sy akan cuba membela anda.
cumaaaa,,
kene rajen doakn sy lah ye!
;))

p/s: jd doctor physical n spiritual.itu terbaek!

Thursday, September 30, 2010

lame amat!

salam

safirah omar
6month ago

sekian lame kau menaungi kami sekian lama kau bersama kamii...lalalalla..
tbe2 je nyanyi lagu pmram plak.

sekian lame blog ni xdupdate kan.
maafla kpd sape2 yg menunggu2 post dr sy.he

6bulan.
lame btol.
mcm bese,,bykla event yg belaku pd dr sy dn org sekeliling sy:)
nk je cte..,tp ats kesempatan waktu yg sgt limited,tepkse la tgghkn dlu hasrat ni :P


ape yg pntg skng,
kuliah da pon bermula.
seminggu yg lepas.
doakn sy!


p/s:nk balek mesia taun dpannn..,







Friday, March 12, 2010

setahun berlalu.

salam


12mac2009
>pengumuman rzlt spm 2008<

mungkin sbg tarikh keramat yg menghantar sy ke sini.
kpd adek2 SMAPK yg baru dpt rzlt, MABRUK sgt2..
pasni bwatla pilihan yg terbaek yg korg rse baek utk korg.
istikharah?
perlu juga..

hrpnya pasni dpt kekalkn kejayaan dlm bidang msg2,,.

buat adek2 smapk..
TAHNIAH~
korg bjaya naekkan pointer skola.
ckgu2 mst hepi..

smga dgn kjayaan korg ni dpt naekkn semula martabat agama kte..
dinul ISLAM yg kte sygi.



p/s;tahun ni plajar terbaek org cina.hue.
candidates melayu..,usaha lbey sket yeah!
~str8 A smapk 25 org..(btol?)