Sunday, November 8, 2009

isu niqab

salam..

post kali ni sal isu niqab yg sy ckp nk post tu kn.ni copy dr kak shue je.. semoga bermanfaat;)



Baru-baru ini,ada isu tentang pemakaian niqab atau purdah

dimana dikatakan wanita tidak dibenarkan memakai niqab..

aku menjadi penasaran bila mendapat tahu
bahawa kenyataan itu KONONNYA dikeluarkan oleh syeikh besar
dari universiti Al-Azhar
iaitu al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi


Bagi mereka yang inginkan penjelasan..
dan bagi mengelakkan salah faham..
harap boleh baca sedikit perkongsian di bawah..




*************************************************************************




Al-Imam Al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
sering dinista oleh akhbar dan berita.
Banyak tindakan dan ucapan beliau dieksploitasi
sehingga beliau sering diburukkan.




Sebelum ini beliau dituduh dengan tuduhan menghalalkan riba
sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.




Kali ini beliau dituduh pula dengan tuduhan ingin mengharamkan niqab.




Berikut adalah sedikit kronologi peristiwa yang berkait dengan isu niqab ini.


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


1. Isu bermula apabila al-Imam al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
melawat satu sekolah maahad al-Azhar
khas untuk pelajar perempuan (Maahad Fatayat Ahmad Allibi)
pada Sabtu bersamaan 4/10/2009. Beliau telah melawat satu kelas lalu
melihat ada seorang pelajar perempuan
bernama Alak ( آلاء ) memakai purdah.
Alak berumur 13 tahun.



2. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
telah meminta pelajar perempuan itu membuka purdah
kerana kelas tersebut hanya untuk para pelajar perempuan sahaja.
Beliau merasa hairan mengapa pelajar tersebut memakai purdah
sedangkan kelas tersebut khusus untuk pelajar perempuan,
guru yang mengajar adalah guru perempuan dan bilik kelas adalah tertutup.
Alak pada awalnya tidak membuka niqab
apabila Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi memintanya membuka niqab.



3. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi selepas itu
telah menegaskan bahawa beliau
tidak akan membenarkan pelajar perempuan
memakai purdah di dalam kelas-kelas mereka.
Beliau juga menafikan kenyataan media yang menyatakan
bahawa beliau bercakap dengan Alak
dengan nada suara yang kasar.



4. Majlis Tertinggi Al-Azhar ( المجلس الأعلى للأزهر الشريف )
telah mengadakan mesyuarat tergempar
yang dipengerusikan oleh Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi
pada Khamis lalu bersamaan 8/10/2009
untuk membincangkan isu niqab ini.



Majlis telah memutuskan bahawa:



• Para pelajar perempuan dibenarkan
untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab.
Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang
daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif


• Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab
apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar



• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab
di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan.
Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan


• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan
untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung.
Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.




• Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab
dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju
niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya
yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak
lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa
wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.



5. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi menegaskan
bahawa beliau menghormati wanita yang memakai niqab
selagi mana tidak menyakiti orang lain dan tidak membawa kepada masalah keamanan.




Beliau menegaskan bahawa tujuan ketetapan Majlis Tertinggi Al-Azhar tersebut dibuat adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar perempuan. Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki ke dalam premis al-Azhar yang khusus untuk pelajar perempuan.

Selain itu ketetapan ini juga dibuat demi untuk mengelakkan berlakunya penipuan di dalam peperiksaan. Beliau menegaskan bahawa tahun lepas menyaksikan 12 kes penipuan semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab yang terbabit telah meletakkan alat rakaman di sebalik niqab yang dipakai.







1. Surat Khabar al-Liwa’al-Islami bertarikh 15 Oktober 2009, bilangan ke 1447, m/s 1
2. Majalah al-Musowwar bertarikh 14 Oktober 2009, bilangan ke 4436, m/s 15 - 16.
3.http://www.islamonline.net/servlet/Satellitec=ArticleA_C&cid=1254573447321&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout
4.http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=1254573332008
5.http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=1254573461106&utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rss
6. http://duha89.blogspot.com/2009/10/isu-niqab.html

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

harap penjelasannya jelas dan dapat menyahapuskan kesalah fahaman yang telah timbul..


semoga Allah merahmati kita semua~

No comments:

Post a Comment